Tadabbur Surah
al-Zalzalah (surah-99): Surah al-Bayyinah adalah dikelompokkan
dalam golongan surah Madaniyah, yang terdiri daripada 08 ayat.
Intisari Ayat:
- Surah ini memperihalkan keadaan di mana kiamat berlaku. Ia digambarkan sebagai peristiwa yang dahsyat, goncangan gempa yang hebat dan perut bumi memuntahkan segala isinya. Kiamat adalah suatu yang pasti dan wajib diimani,
- Pada ketika dunia mulai kiamat, dengan kedahsyatan gempa yang menakutkan, manusia menjadi bingung dan trauma. Sesungguhnya janji Allah tentang kiamat adalah pasti.
- Kesemuanya akan hancur. Manusia akan mati keseluruhannya. Dunia akan hancur. Kemudian Allah membangkitkan kembali manusia di “mahsyar”.
- Setiap manusia akan dihitung amalannya. Tidak ada sebarang amalan atau perbuatan manusia yang terlepas daripada dihisab atau dihitung atau diadili oleh Allah SWT. Amalan baik atau amalan buruk sekecil mana sekalipun pasti akan dihisab.
- Orang yang beiman akan berhati-hati dan berwaspada dalam perbuatan dan tingkah lakunya di dunia kerana menyedari semua perbuatan samada baik ataupun buruk tidak terlepas daripada perhitungan Allah.
- Orang yang beriman dan beramal soleh, yang bekerja dengan ikhlas untuk agama dan perjuangan, tidaklah wajar berasa tidak dihargai manusia ketika di dunia kerana Allah akan mengganjari di akhirat akan keikhlasannya.
Susunan oleh Sdr Fazril Saleh
Rujukan: Tafsir al-Azhar dan rujukan selainnya.
Tiada ulasan
Catat Ulasan