Tadabbur Surah al-Shams (surah-91): Surah al-Shams adalah dikelompokkan dalam golongan surah Makkiyah, yang terdiri daripada 15 ayat. Dinamakan surah ini al-Shams (matahari) diambil dari perkataan al-Shams dalam ayat permulaan surah ini.

Intisari Ayat:

  1. Allah bersumpah dengan matahari dan bulan, dengan siang dan malam, dan dengan bumi dan langit, supaya manusia memikirkan kebesaran Allah s.w.t.
  2. Tuhan mengilhamkan kepada jiwa manusia akan ketaqwaan dan kefasikan.
  3. Keuntungan yang besar bagi manusia yang menyucikan jiwanya, manakala kecelakaan yang besar bagi orang yang mengotorinya.
  4. Doa yang diajarkan Rasulullah: “Ya Allah kurniakan kepada kami hati yang bertaqwa, bersihkan dan sucikan kerana Engkau sebaik-baik Dzat yang menyuci-kannya, Engkau yang menguasainya dan menjadi tuan atasnya”. (HR Muslim)
  5. Kisah pengajaran: penderhakaan dan keengkaran kaum Tsamud, yang diberikan nikmat sehingga menjadi bangsa besar, tetapi angkuh dan kufur.
  6. Mereka diazab oleh Allah sehingga tiada legasi mereka yang ditinggalkan selain kisah kehinaan mereka diazab Tuhan.


Susunan oleh Sdr. Fazril Saleh
Rujukan: Tafsir al-Azhar dan sumber-sumber lain


TAG