Tamrin Pimpinan Jamaah W-A-P Berlangsung dengan Jaya


Ulu Langat, 03 Disember 2017: Tamrin Pimpinan Jamaah WADAH-ABIM-PKPIM Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Kem An-Nur Lembah Pangsun, Ulu Langat, Selangor dengan dihadiri oleh para perwakilan keluarga besar Jamaah WADAH-ABIM-PKPIM seluruh negara.

ABIM Negeri Sarawak diwakili oleh Ketua Biro Regenerasi dan Pengantarabangsaan, Sdr. Awang Syazuan Shafiq bin Awang Jaya telah berperanserta dalam tamrin ini. Beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah mengikuti pelatihan selama tiga hari dua malam dengan penglibatan aktif dalam slot-slot perbincangan dan sumbang saran yang diadakan.

Tamrin ini merupakan kursus pelatihan kepemimpinan peringkat kebangsaan yang diadakan pasca Ijtimak Haraki kali ke-5 pertengahan Oktober lalu. Beberapa slot wacana dan sumbang saran dijalankan merangkumi agenda tarbiyah dan latihan, kepemimpinan dan pengorganisasian, kaderisasi dan pembangunan anggota, dakwah dan seranta, pendidikan, sertakegiatan kemasyarakatan dan bantuan kemanusiaan.



TAG