ABIM Negeri Sarawak dalam sesi kepemimpinan baharu
komited memperbaharu tekad melakukan penambahbaikan khususnya dalam pengurusan
organisasi dan pengaturan kegiatannya.
Oleh yang demikian, ABIM Negeri Sarawak dengan segala
daya upaya yang ada akan sentiasa sedar dalam mengemudi bahtera kepemimpinan
dengan menyemangati ‘lima pendekatan utama’ seperti yang digariskan oleh
Presiden ABIM, Tn. Hj. Mohammad Raimi Abd Rahim dalam Ucapan Dasar “Memperteguh
Tekad Perjuangan, Melakar Masa Depan” (2017):
1.
Menjadi organisasi yang lebih kompleks
sekaligus fleksibel dan adaptif;
2.
Membangunkan kemampuannya sebagai
organisasi berasaskan data dan bukti;
3.
Menubuhkan, menyelaras dan
menggerakkan gabungan;
4.
Menjalinkan hubungan yang erat
dan kerjasama strategik dengan kelompok penggubal dan pelaksana dasar di
pelbagai peringkat, dalam dan luar negara;
5.
Mengambil pendekatan yang
berhikmah dan meraikan kepelbagaian bagi menganjak perubahan minda, amalan,
norma dan nilai dalam usaha menuntut perubahan sistem.
Tiada ulasan
Catat Ulasan