Tentera Korea Utara Nekad Larikan Diri: Kejadian Dramatik di Sempadan Dua Negara Bergolak



Dunia dikejutkan dengan tindakan nekad seorang tentera Korea Utara yang melarikan diri ke Korea Selatan dengan melalui kawasan “Demilitarized Zone (DMZ)” yang dikawal dengan ketat oleh tentera Korea Utara, pada 13 November.

Dalam adegan cemas yang sempat dirakam oleh kamera di kawasan sempadan berkenaan, beliau ditembak beberapa kali oleh pengawal Korea Utara dan rebah di kawasan sempadan Korea Selatan.

Beliau diselamatkan oleh tentera Korea Selatan dan dikejarkan ke hospital dengan helikopter bagi mendapatkan rawatan kecemasan selepas dikatakan berada dalam keadaan kritikal. Beliau kini berada dalam keadaan stabil dan mampu untuk bercakap setelah melalui beberapa siri pembedahan yang menyelamatkan nyawa beliau.

Doktor Lee Cook-Jong yang merawat beliau menyifatkan beliau mengalami trauma psikologi di samping beberapa masalah kesihatan yang disebabkan oleh kekurangan nutrisi ketika beliau di Korea Utara. *The Guardian dan NY Times



TAG