Trump Iktiraf Baitul Maqdis sebagai Ibu Negara Haram Israel



Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengejutkan dunia dengan mengisytiharkan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara haram Israel dalam sebuah pidato ringkas di Rumah Putih, Khamis lalu. Tindakan berkenaan dibuat tanpa mengendahkan amaran daripada negara-negara Islam dan sekutu Amerika Syarikat di Eropah yang khuatir keganasan akan meletus di wilayah bergolak Palestin.

Pemimpin-pemimpin dunia seperti Presiden Turki, Recep Erdogan, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Ketua Gereja Katolik, Pope Francis mengkritik tindakan tidak bertanggungjawab Trump. Usaha perdamaian antara Palestin dan Israel dijangka akan terhenti akibat daripada tindakan melulu berkenaan. Kepimpinan Palestin yang diketuai oleh Mahmud Abbas turut memutuskan perhubungan dengan Amerika Syarikat dan enggan menerima Amerika Syarikat sebagai perantara dalam rundingan perdamaian yang seterusnya.


Keganasan mula tercetus pada hari Jumaat dan Sabtu dengan empat orang rakyat Palestin disahkan terkorban selepas terjadi protes dan ketegangan di wilayah Gaza dan Tebing Barat. Ketegangan dan pertumpahan darah dijangka akan berterusan dalam masa terdekat dengan Hamas menyeru Intifada Ketiga diadakan bagi menentang rejim Zionis yang dipimpin Benjamin Netanyahu.  *The Guardian dan Sunday Express
TAG