Perpaduan dalam Islam tidak bermusim dan juga tidak
dibatasi oleh sempadan geografi, bangsa dan fahaman politik dan ia bukan
sekadar laungan semata-mata untuk kepentingan peribadi. Islam yang menjadi
paksi kepada kekuataan perpaduan itu ialah Islam yang syumul, Islam sebagai ad-din, Islam satu-satunya sebagai cara
hidup sementara pendokongnya pula hendaklah memiliki akidah yang sahih, bersih
daripada unsur-unsur syirik, mempunyai peribadi mukmin yang kuat, yang
berpengaruh, yang mampu merobah realiti yang rosak dan merosakkan, yang mampu
merobah kenyataan yang buruk, yang mampu membangunkan umat Muslim yang baik.
Perkara ini bukan suatu perkara yang mustahil untuk
dicapai. Ia boleh menjadi kenyataan dengan ada perancangan jangka pendek dan
jangka panjang dan dengan bacaan yang tepat agar sebarang tindakan tidak
diambil kesempatan oleh musuh kerana matlamat anda adalah untuk memberi sumbangan
yang bermakna kepada negara. Sebagaimana pernah saya perkatakan sebelum ini,
mari kita sama-sama merobah persekitaran di sekeliling kita yang mencemar
akidah dan ibadah kita dengan masing-masing melibatkan diri dalam gerakan
dakwah tanpa menunggu bila anda berkuasa.
(Cuplikan tulisan Almarhum Ustaz Awang Pon Awang Sebon, pengasas ABIM
Sarawak, dlm laman blognya Dewan Syura Weblog –muallimawang.wordpress)
Tiada ulasan
Catat Ulasan