Undian Bola Sepak Piala Dunia FIFA Rusia 2018


 Negara-negara yang telah layak ke Piala Dunia 2018 kini telah mengetahui pasukan-pasukan yang akan ditemui dalam pusingan pertama selepas majlis undian diadakan di Moscow, Rusia pada 01 Disember yang lalu. Beberapa calon “favourite” juara Piala Dunia diletakkan dalam kumpulan-kumpulan yang agak mudah dan dijangka tidak akan berhadapan dengan masalah untuk layak ke pusingan kalah mati.

Walau bagaimanapun, Sepanyol, juara Piala Dunia 2010 ditempatkan dalam kumpulan yang agak sukar setelah diundi dalam satu kumpulan bersama juara Piala Eropah 2016, Portugal. England pula akan bertemu Belgium.

Piala Dunia 2018 ini dijangka akan “sepi” tanpa kehadiran kuasa besar bola sepak, Itali yang tewas dalam pusingan kalah mati kelayakan menentang Sweden. Rakyat Itali menyifatkan kegagalan memalukan pasukan bola sepak negara mereka sebagai suatu peristiwa “kiamat” yang amat mendukacitakan.


Juara Piala Amerika Selatan (Copa America) tahun 2016, Chile dan Amerika Syarikat juga merupakan negara bola sepak terkenal yang gagal melayakkan diri, menyaksikan kekecewaan mendalam buat rakyat negara-negara berkenaan. Bola Sepak Piala Dunia 2018 bakal berlangsung di Rusia bermula pada 14 Jun 2018 sehingga 15 Julai 2018. *The Guardian
TAG