WADAH-ABIM-PKPIM di Persidangan Kesatuan NGO Islam Sedunia di Istanbul


Persidangan Kesatuan NGO Islam Sedunia anjuran Union of NGOs of Islamic World (UNIW) telah berlangsung dengan jayanya di Istanbul, Turki pada 08-10 Disember 2017. Jamaah Keluarga Besar Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berperanserta dalam persidangan kali ini di bawah payung UNIW Malaysia. Lebih 150 buah organisasi dakwah dunia menyertai persidangan kali ini.

Antara isu penting yang dibincangkan adalah berkaitan pengiktirafan Amerika Syarikat ke atas Baitul Maqdis sebagai Ibu Kota Israel, krisis kemanusiaan etnik Rohingya, krisis berdarah Syria dan sebagainya. Dalam perkembangan sama, Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH dengan kesepakatan anggota persidangan telah mengekalkan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Agung UNIW dalam pemilihan pimpinan kali ini. Timbalan Presiden Sdr. Anwar Ismail, Naib Presiden ABIM Sdr. Ahmad Fahmi Samsudin, dan Puan Maria Kamel merupakan perwakilan ABIM ke persidangan tersebut.  *Redaksi


TAG