Kuching, 16 Januari 2018: ABIM Negeri Sarawak dan
Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah menganjurkan program
Bibliophilia siri ke-22, bertempat di medan selera Metrocity Seafood Garden,
Jalan Matang Kuching. Bibliophilia adalah platform bagi para penggemar buku
berkumpul dan berwacana tentang buku-buku terpilih merangkumi pelbagai genre.
Bibliophilia
kali ini membincangkan buku berjudul “Filsafat
Modern Dari Machiavelli sampai Nietsche” karya F. Budi Hardiman dengan
dibentangkan oleh Sdr. Mohammad Fazril bin Mohd Saleh, Setiausaha ABIM Negeri
Sarawak. Beliau yang juga pencetus dan pengasas Bibliophilia Malaysiatelah
menyorot sejarah pemikiran falsafah Barat yang rencam, pelbagai malah saling
kontradik. Perbincangan juga menjurus kepada perbandingan antara faslafah moden
Barat dengan falsafah dunia timur khususnya falsafah Islam.
Bibliophilia@Sarawak
akan terus digerakkan secara berkala pada masa akan datang. Penganjur
mengalu-alukan para penggemar buku untuk hadir dan berperanserta dalam program
ini.
Tiada ulasan
Catat Ulasan