Kuching, 08 Januari 2018: Setelah kejayaan penganjuran ‘Bicara Tanwir: Jerayawara Syarahan al-Qur’an dan Sains’ pada 15 hingga 17 Disember 2017 lalu, ABIM Negeri Sarawak berhasrat menganjurkan siri kedua Bicara Tanwir dengan tema ‘Sejarah Islam di Sarawak’. Ini dinyatakan oleh Pengarah Program Bicara Tanwir pada Disember lalu, Encik Mohamad Rahmat Jamali yang juga merupakan Ketua Biro Ekonomi dan Pembangunan Sumber ABIM Negeri Sarawak.
Konsep Bicara Tanwir yang bakal dilangsungkan adalah seperti siri Bicara Tanwir pertama di mana pembicara akan dibawa berbicara dalam sesi kuliah Maghrib atau Kuliah Subuh, dan mungin juga kuliah khas di Masjid, Surau atau institusi tertentu di sekitar Kuching dan Samarahan.
Bagi peganjuran Bicara Tanwir yang dijangka berlangsung pertengahan Februari akan datang, tema ‘Sejarah Islam di Sarawak’ dipilih memandangkan keperluan penyebar-luasan maklumat kajian berkaitannya. ABIM Sarawak juga dijangka melancarkan penerbitan baharunya dengan judul “Islam di Sarawak: Biografi Ringkas Shaykh Uthman Sarawak” dalam sesi Bicara Tanwir itu.
Tiada ulasan
Catat Ulasan