Matu, 28
Disember 2017: ABIM Negeri Sarawak telah bersama-sama
mengkoordinasi penganjuran Perkampungan Menara Gading (PMG) Jemoreng, bertempat
di Dewan Suarah, Matu. Matu adalah sebuah daerah yang terletak dalam bahagian
Mukah, Sarawak Tengah.
Program ini dijayakan oleh Persatuan Kebajikan Pelajar
Islam Sarawak (PERKEPIS) yang merupakan pertubuhan perlajar Islam peringkat
negeri yang bergabung di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM, STPM dan
STAM tentang alam pengajian di universiti di samping berusaha mencungkil bakat
dan potensi mereka.
Naib Yang Dipertua (NYDP) ABIM Sarawak, Sdr. Azizan
Ajiji telah bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada PERKEPIS di
samping membantu menghubungkan penganjur dengan pihak otoriti tempatan. PMG
Peringkat Negeri Sarawak dijangka berlangsung pada Februari 2018 dengan
disusuli PMG Peringkat Kebangsaan pada April 2018.
1 ulasan
Merkur Futur Adjustable Safety Razor - Sears
Merkur Futur Adjustable kadangpintar Safety Razor is the perfect https://septcasino.com/review/merit-casino/ balance of performance, safety, and comfort. Made in Solingen, Germany, this razor has sol.edu.kg a 1xbet korean perfect balance of gri-go.com
Catat Ulasan