Bandar Seri Begawan, 13 Disember 2017: ABIM Negeri Sarawak diwakili Setiausahanya, Sdr. Mohammad Fazril bin Mohd Saleh, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Professor Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, bertempat di kediaman beliau di Kampung Kilanas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
Beliau yang kini merupakan Professor Adjung di, Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam kerajaan Negara Brunei Darussalam selama tiga puluh tahun dengan memgang pelbagai jawatan kanan dan senior.
Beliau telah bersara daripada perkhidmatan awam para tahun 2017 dengan jawatan terakhir beliau sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Pengajian Strategik dan Polisi Brunei (CSPS).
Kunjungan ini bertujuan mengadakan perkenalan, di samping bertukar-tukar pandangan khususnya dalam konteks sejarah, pendidikan dan isu semasa seterusnya merencana kegiatan dan program bersama yang mungkin pada masa akan datang.
Di samping berkepakaran dalam hal ehwal pentadbiran dan pengurusan,beliau juga merupakan seorang penulis yang prolifik di samping berminat dalam domain sejarah dan kebudayaan.
Tiada ulasan
Catat Ulasan