Sarikei, 04 Januari 2018: Naib Yang Dipertua ABIM Sarawak, Sdr. Azizan Ajiji berkesempatan bertemu dengan penulis senior Sarawak yang terkenal dengan antologi cerpen Ayun Tibow, Puan Radzemah Bolhassan. Puan Radzemah telah menghasilkan pelbagai karya novel dan cerpen berlatar kehidupan dan budaya masyarakat pesisir Rejang dan etnik Melanau antaranya, Kumpulan Cerpen: Sagu-Ikan Salai (lumik ubak telo), Kundai, Kerana Kidjang, Misteri Telaga Tun Bratma dan banyak lagi.
Sdr. Azizan yang juga merupakan penggiat seni dan budaya merencana untuk menerbitkan filem pendek daripada karya Puan Radzemah sebagai usaha mengangkat budaya etnik Melanau Sarawak kepada khalayak yang lebih luas.
Tiada ulasan
Catat Ulasan