Cuti Sekolah: Belajar "Molah" Kek Cawan



Kuching, 12 Disember 2017: ABIM Negeri Sarawak bersama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah menjalankan aktiviti “molah cupcake” atau membuat kek cawan. Program ini bertujuan memberikan panduan praktikal cara-cara membuat kek cawan kepada para pelajar sekolah.

Program ini adalah sebahagian daripada pengisian program “Juh Bedango” sempena cuti sekolah akhir tahun 2017, yang bermula dari 04 Disember dan berakhir pada 22 Disember 2017. Instruktor pembimbing program ini adalah Saudari Siti Fatimah binti Julai, Bendahari Kehormat PERKEPIS dengan dibantu sukarelawan daripada aktivis PERKEPIS.
TAG