Cuti Sekolah: Pengalaman Baharu Lawat Balai Bomba


Kuching, 12 Disember 2017: ABIM Negeri Sarawak bersama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah mengadakan lawatan ke Balai Bomba Semariang, Kuchng. Program ini bertujuan memberikan pendedahan terhadap karier pasukan Bomba yang berjasa membantu masyarakat yang menghadapi kecemasan dan kemalangan.

Seramai 30 orang peserta dalam kalangan pelajar sekolah mengikuti lawatan ini. Mereka didedahkan dengan peralatan-peralatan operasi bantuan menyelamat yang dimiliki pasukan Bomba, taklimat dan demonstrasi menyelamatkan diri daripada kemalangan dan kebarakaran, aktiviti menjadi “bomba cilik” dan lebih menarik lagi berpeluang menaiki sendiri kereta Bomba.

Program ini adalah sebahagian daripada pengisian program “Juh Bedango” sempena cuti sekolah akhir tahun 2017, yang bermula dari 04 Disember dan berakhir pada 22 Disember 2017. Pembimbing bagi lawatan ini adalah Saudari Siti Fatimah binti Julai, Bendahari Kehormat PERKEPIS dan Sdr. Azizan Ajiji, Naib Yang Dipertua ABIM Sarawak, dengan dibantu sukarelawan daripada aktivis PERKEPIS.
TAG