Sejarah kita adalah sejarah kepeloporan: mempelopori pendekatan yang sihat dan realistik dalam menyikapi kenyataan atau realiti zaman dan lingkungan. Sikap inilah yang telah melahirkan pendekatan kemalaysiaan dalam strategi pendakwahan sebagaimana yang terumus dalam istilah manhaj maliziy.
Ketika gerakan Islam menghadapi kemaraan arus radikalisme dan kebangkitan aliran garis keras, kita tetap istiqamah mempromosikan pendekatan moderat yang menepati makna dan semangat wasatiyyat al-Islam, dan sesuai pula dengan sejarah, budaya dan nilai-nilai kehalusan Melayu.
Kita ingin mempastikan bahawa kebangkitan Islam yang kita pelopori ini benar-benar dirasakan secara nyata sebagai rahmat dan pembawa harapan baru. Sebagai pengemban amanah al-sahwah al-Islamiyyah kita memang sangat prihatin andainya umat tidak mendapat apa-apa dari kebangkitan Islam, selain rasa dikutuk, disumpah, dihina dan ditakut-takuti. Demi amanah tersebut kita sanggup membayar mahal, termasuk mempertaruhkan populariti kita. Memang dari awal kita sentiasa memberikan perhatian istimewa kepada realiti kemalaysiaan (al-waqi` al-Maliziy).
Teks Amanat Pimpinan Ijtimak Harakiy ke-2 (2011)
oleh Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil.
#ABIMsarawak
#ABIM
Tiada ulasan
Catat Ulasan