Fikrah: ABIM dan Optimisme Masa Depan


Dalam organisasi (tanzim), Al-Qur’an mengajar kita agar sentiasa optimis tentang masa depan dan kejayaan umat Islam. Kita diwajibkan untuk berusaha dan berjihad sedangkan natijah bilakah hasil dan kemenangan akan tercapai, itu bukan urusan kita. Ia adalah dalam pengetahuan Allah SWT dan hak mutlak Allah SWT untuk menentukan bila, di mana dan bagaimana. Apa yang pasti, Allah akan memberikan  kemenangan kepada umat Islam.

“Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”
(surah al-Saff (61): 9)

Dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW pula, sirahnya sarat dengan optimisme akan kemenangan Islam. Ketika Baginda bergelut dengan Perang Khandak pada tahun ke-5 Hijrah, Baginda meramalkan dalam sebuah hadith mengenai kejatuhan salah satu kota besar zaman tersebut iaitu Kota Konstantinopel. Siapapun tidak terbayang bahawa kuasa besar itu akan jatuh ke tangan umat Islam.



Cuplikan Amanat Pimpinan WADAH (2016) “Menggalas Perjuangan, Merintis Agenda Kejayaan” oleh Tn Hj Ahmad Azam Ab Rahman   
        

TAG