Fikrah: ABIM dan Pembitaraan Gerakan



Dalam organisasi (tanzim), adanya unsur yang dinamakan sebagai qiyadah (kepemimpinan), jundiyah (kepengikutan) dan khittah (perencanaan). Unsur-unsur ini adalah saling melengkapi dalam membentuk sebuah organisasi yang kukuh.

Organisasi adalah seperti tubuh badan. Setiap organ atau anggota badan akan berfungsi dan berperanan mengikut ketetapan ke atas anggota masing-masing. Keunggulan (kebitaraan) organisasi hanya akan tercapai apabila semua organ berfungsi dengan cemerlang bagi mencapai sasaran yang ditentukan. Organisasi yang mempunyai cita-cita dan matlamat perjuangan yang serius menamakan organisasi atau pertubuhan mereka sebagai gerakan (harakah/ movement).

Bagi pemimpin belia, adalah penting untuk menyedari bahawa organisasi yang unggul dan bermakna adalah organisasi yang berfungsi dengan bitara dan mempunyai idealisme perjuangan yang jitu. Tanpanya, kepemimpinan bagi seseorang pemimpin belia hanyalah sekadar mengisi masa lapang dan semata-mata perlakuan sosialisasi yang hampa makna.



Cuplikan makalah “Penerapan Nilai Etika Kepemimpinan Belia:
Meninjau Pesan-Pesan Imam Al-Ghazali Menerusi Karya Nasihat al-Muluk” (2017)
oleh Fazril Saleh
TAG