Global: ABIM dan GPM Seru Kempen Tabung RM1 Seorang untuk Palestin: Sasar Kutipan Sehingga RM1 Jut



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di bawah salah satu badan agensi kemanusiannya, Global Peace Mission Malaysia (GPM) melancarkan “Tabung #1 for Gaza: RM1 untuk RM1 Juta”. ABIM dan GPM sememangnya secara konsisten menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Palestin. Selain bantuan kecemasan seperti makanan dan keperluan asas, GPM juga telah melaksanakan projek jangka panjang di sana termasuklah pembinaan kilang pembuatan roti dan mengorek telaga tiub air.

Tambahan pula, dengan menjelangnya musim sejuk hujung tahun ini pastinya menyukarkan mereka dalam mendapatkan bekalan pakaian baju tebal dan juga bekalan makanan segar. Dalam perkembangan yang sama, pergolakan terbaharu tercetus antara penduduk Palestin dengan pasukan keselamatan Israel, khususnya di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza pasca pengumuman Presiden AS Donald Trump yang mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel, sekaligus memburukkan lagi usaha rundingan damai di wilayah bergolak itu.

Pengumuman yang dibuat awal Disember lalu telah mengejutkan dunia malah mendapat bantahan keras daripada masyarakat global, termasuk para pemimpin negara-negara sekutunya.

Sokongan dan sumbangan rakyat Malaysia khususnya warga Sarawak adalah diperlukan. Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan ini: https://www.billplz.com/Palestin atau hubungi GPM di talian +603-61883230 / Emel: gpmhq@yahoo.com.  *Redaksi







TAG