Tanggal 29 Disember menyaksikan Iran digegarkan dengan beberapa siri demonstrasi spontan yang diadakan oleh rakyatnya di beberapa buah bandar seperti Mashhad, Qom dan Tehran. Dengan penyertaan ratusan orang di setiap lokaliti, para demonstran melaungkan slogan anti-kerajaan dan memprotes masalah kenaikan harga barang dan pengangguran yang melampau di Iran.
Presiden Iran, Hassan Rouhani dikritik hebat ekoran kelemahan ekonomi yang menghimpit kehidupan rakyat. Pentadbirannya juga dituduh sebagai korup dan diktator. Demontrasi masih berlangsung dengan penglibatan di lebih banyak bandar seluruh Iran menuntut pengunduran kepemimpinan semasa negara, sehingga meragut beberapa nyawa sehingga hari ini.
Ekonomi Iran masih belum pulih sepenuhnya daripada kejutan ekoran sekatan ekonomi oleh negara-negara kuasa besar dunia sebagai balasan melaksanakan projek nuklear. Dianggarkan seramai 3.2 juta rakyat Iran masih menganggur, manakala sumber-sumber ekonomi Iran yang penting pula dialihkan untuk usaha membantu menyelamatkan rejim kejam Bashar al-Assad sekaligus memberikan tekanan ke atas ekonomi Iran.
Kali terakhir protes besar-besaran diadakan di Iran adalah pada tahun 2009 apabila dua pencabar Presiden Mahmoud Ahmadinejad menuduh kerajaan Iran menipu dalam pilihan raya Presiden untuk menyelamatkan Ahmadinejad daripada kekalahan politik yang memalukan. *The Guardian
Tiada ulasan
Catat Ulasan