Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui cawangan Negeri Sarawak telah mengadakan
kunjungan ke Negara Brunei Darussalam pada Disember 2017 yang lalu. Kunjungan
yang diketuai Setiausaha ABIM Sarawak, Sdr. Mohammad Fazril Saleh telah
berkunjung ke sembilan institusi/tokoh di Brunei.
Kunjungan diadakan
terhadap Prof. Dr. Mahayuddin Yahaya (professor sejarah di Universiti Islam
Sultan Syarif Ali), Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri
Utama Dr Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri (Pengetua Pusat Sejarah Brunei), Awang
Haji Osman bin Dato Seri Setia Abang Haji Razali Shaykh Zaynuddin, Professor
Datuk Dr. Osman Bakar (Professor Ulung Universiti Brunei Darussalam), Prof
Madya Dr. Nuradeng Deuraseh (Pusat Penyelidikan Halalan Toyyiban Universiti
Islam Sultan Syarif Ali), Dr. Awang Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha (pemangku
Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan), Awang Hazimin bin Haji
Metali (Ketua Unit Dakwah Temburong) dan Awang Haji Musa Mantok (tokoh
Pendakwah Brunei).
Selain menjalin hubungan
persahabatan, kunjungan ini juga telah memperoleh kesepakatan untuk
program-program kerjasama akan datang khususnya dalam konteks dakwah dan
kebeliaan. *Redaksi
Tiada ulasan
Catat Ulasan