Global: Kerajaan Pusat Amerika Syarikat Berdepan Penutupan


Dewan Senat Amerika Syarikat gagal mencapai persetujuan dalam usaha meluluskan rang undang-undang berkaitan perbelanjaan negara, sekaligus mengakibatkan negara berkenaan berhadapan dengan penutupan agensi-agensi Kerajaan Pusat buat kali kedua dalam tempoh lima tahun.

Kegagalan ini adalah simbolik kepada keretakan proses politik di Washington DC, akibat polarisasi dan antagonisme politik yang memuncak antara Parti Demokrat dan Republikan. Tiada sebarang kesepakatan dapat diperoleh antara kedua-dua pihak dalam kebanyakan isu dalam negara akibat semangat permusuhan yang menebal antara pemimpin-pemimpinnya.

Perkara ini juga menunjukkan ketidakcekapan Parti Republikan dalam memerintah negara walaupun telah menguasai cabang eksekutif dan legislatif Amerika Syarikat.

Dalam situasi penutupan kerajaan, hampir kesemua agensi-agensi kerajaan pusat diarahkan ditutup dan para pekerja diberikan cuti tanpa gaji.  Kali terakhir Kerajaan Pusat Amerika Syarikat berhadapan dengan penutupan adalah pada tahun 2013, yang menyaksikan negara berkenaan kerugian lebih 20 bilion dollar. *The Guardian



TAG