George Weah, lagenda bola sepak dunia, berjaya memenangi pemilihan Presiden Liberia dengan majoriti besar dalam pusingan kedua pemilihan pada Jumaat lepas. Beliau bertanding menentang penyandang jawatan Timbalan Presiden, Joseph Boakai dalam pilihan raya paling aman pernah diadakan di Liberia.
George Weah merupakan pemenang Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia FIFA dan Ballon d’Or, dua anugerah terbesar dalam dunia bola sepak. Kehebatannya dalam bidang sukan menjadikan beliau idola jutaan belia Liberia yang merupakan generasi yang memiliki populasi terbesar di Liberia.
Pilihan raya ini disifatkan sebagai kemenangan buat demokrasi di Liberia dan merupakan suatu perkembangan yang unik dalam sejarah negara tersebut, menjadikannya sebagai pemindahan kuasa yang pertama diadakan secara aman sejak tahun 1944.
Presiden terdahulu sebelum Weah, Allen Johnson Sirleaf adalah merupakan Presiden pertama Liberia yang dilantik secara demokratik setelah perang saudara tercetus antara tahun 1989 dan 2003. *The Economist
Tiada ulasan
Catat Ulasan