Global: Parti Anti-Islam Bentuk Kerajaan Campuran Austria



Pemimpin Parti Rakyat Austria (ÖVP), Sebastian Kurz mengumumkan penubuhan kerajaan campuran dengan parti anti-Islam Parti Kebebasan Austria (FPÖ) pada 16 Disember yang lepas. Tindakan berkenaan dilakukan setelah ÖVP menjadi parti terbesar memenangi pilihan raya yang lepas, menjadikan Sebastian Kurz Canselor Austria termuda dalam sejarah yang memegang jawatan tersebut pada usia 31 tahun.

Namun, ramai pemimpin Eropah yang lain menyatakan kekhuatiran akibat kemasukan parti ekstrim kanan FPÖ ke dalam kerajaan baharu. Disifatkan sebagai parti populis anti-Islam, FPÖ melaksanakan kempen anti-imigran dengan janji mengetatkan sistem kemasukan ke Austria dan menghadkan kadar imigrasi ke dalam negara. Retorik anti-Islam parti berkenaan juga mirip dengan tindakan Donald Trump.

Perkembangan terbaru ini dilihat sebagai suatu trend terbaru politik Eropah di mana parti-parti populis dan ekstrim kanan mendominasi beberapa kempen pilihan raya termasuk di Perancis dan Jerman, dua negara terbesar Eropah yang memiliki budaya kesederhanaan politik yang menebal. Eropah dijangka bakal menyaksikan peningkatan retorik anti-Islam pada tahun-tahun mendatang. *The Economist



TAG