Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah bersama berperanserta dalam gerakan global kempen Hari Elektronik al-Quds pada 11 Januari 2016 yang lalu. Kempen global ini digerakkan di seluruh dunia sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin bagi membebaskan Tanah Air mereka daripada penjajahan Negara apartheid haram Israel.
Kempen ini merupakan agenda ‘perang-saraf’ yang memanfaatkan platform media sosial dalam advokasi bagi menunjukkan kepada khalayak dunia bahawa begitu ramai manusia yang mendokong perjuangan menegakkan keadilan untuk Palestin.
Dengan memakai #BersatuDemiAL-Quds, pelbagai poster dengan kata-kata sokongan dan juga video dimuatnaik di platform media baharu seperti Facebook, Instagram, dan Twitter. Kempen di Malaysia dikoordinasi oleh Yayasan al-Quds Malaysia. *Redaksi
Tiada ulasan
Catat Ulasan