Kerajaan pimpinan Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengharamkan pencabar terdekatnya, Alexei Navalny daripada bertanding jawatan Presiden dalam pilihan raya pada tahun hadapan. Pengharaman berkenaan memastikan tiada calon “bebas” yang boleh bertanding dalam pilihan raya yang akan diadakan pada tahun 2018, sekaligus memastikan kemenangan mudah buat Putin.
Alexei Navalny adalah seorang aktivis reformis anti-korupsi yang membantah tindakan Vladimir Putin cuba menguasai politik Rusia secara autoritarian.
Beliau terkenal dengan usaha-usaha mendedahkan kes-kes rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan elit kerajaan Rusia. Navalny juga pernah memimpin demonstrasi anti-Putin pada 2011 dan 2012 yang dianggap sebagai demonstrasi terbesar pernah diadakan di Rusia selama sedekad.
Sebelum diharamkan, Navalny telah berkempen di beberapa wilayah Rusia dalam usahanya membongkarkan isu rasuah dan salah laku pemimpin kerajaan. Kerajaan Rusia telah mengharamkan beliau atas alasan beliau memiliki rekod jenayah atas kes “penipuan”. Navalny menolak pertuduhan jenayah berkenaan sebagai suatu tindakan menutup mulut beliau oleh oligarki zalim Rusia. *The Guardian dan The Economist
Tiada ulasan
Catat Ulasan