Jumaat lalu, 12 Januari 2018 menyaksikan para wanita di negara Arab Saudi dibenarkan untuk memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak buat pertama kali dalam sejarah, hasil daripada reformasi sosial yang digerakkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Muhammad Bin Salman.
Perlawanan tersebut adalah antara pasukan al-Hilal dan al-Batin, dua kelab bola sepak terkenal yang beraksi dalam Liga Perdana Arab Saudi. Perubahan ini menyaksikan wanita ditempatkan dalam sebuah kawasan khas dalam stadium untuk mengelakkan percampuran dengan jantina yang berbeza.
Perkara ini merupakan lanjutan daripada usaha reformasi radikal yang merupakan projek peribadi Muhammad Bin Salman untuk memperbaharu Arab Saudi secara menyeluruh setelah mengalami krisis ekonomi akibat penurunan harga minyak dunia.
Selain membenarkan wanita memasuki stadium sukan, beberapa tindakan lain telah dilaksanakan oleh kerajaan Arab Saudi termasuk membenarkan wanita menghadiri konsert. Selain itu, larangan memandu ke atas wanita Arab Saudi juga akan dimansuhkan pada bulan Jun akan datang. *The Guardian
Tiada ulasan
Catat Ulasan