Global: World Economic Forum Bakal Himpunkan Elit Dunia di Davos



Seramai lebih 2,500 pemimpin politik, ekonomi dan sosial dunia akan berhimpun di Davos pada 23 Januari sempena World Economic Forum (WEF). Dikenali sebagai medan pertukaran idea yang terpenting di dunia, WEF pada tahun 2018 akan menyaksikan kehadiran 70 orang pemimpin negara yang akan mewacanakan isu-isu penting berkaitan trendi perkembangan dunia masa kini.

Antara isu terpenting yang akan dibincangkan adalah kesan buruk globalisasi kepada kelas pekerja seluruh dunia di samping analisa terkini berkaitan peluang dan ancaman hasil daripada perkembangan Revolusi Industri Keempat terhadap manusia secara keseluruhan.

Bertemakan “Mencipta Masa Depan Bersama Dalam Dunia Serba Berpecah”, sidang WEF kali ini mengakui cabaran-cabaran besar yang bakal dihadapi oleh komuniti dunia secara keseluruhan akibat kesenjangan ekonomi antara golongan kaya dan miskin.

Antara pemimpin dunia yang akan menjadi tumpuan di WEF adalah John McDonnell, Menteri Kabinet Bayangan pembangkang Parti Buruh United Kingdom yang merupakan pengkritik tegar kapitalisme neoliberal yang dianuti kebanyakan pemimpin dunia kini. *The Guardian
TAG