Kuala Lumpur, 29 Disember 2017: Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) melalui suatu siaran media rasmi oleh Presidennya, Tuan Haji
Mohamad Raimi Ab Rahim menyatakan pendirian sikap dan sokongannya terhadap
pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mengarahkan amalan
pengasingan kelas di sekolah supaya dimansuhkan.
Merujuk kepada
dapatan kajian bahawa faktor iklim dan persekitaraan sekolah sebagai penentu
utama prestasi sekolah dalam penilaian antarabangsa Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011
dan Program for International Student
Assessment (Pisa) 2012, ABIM berpandangan pemansuhan amalan pengasingan
kelas ini akan mewujudkan iklim positif di sekolah yang mendorong interaksi
aktif antara guru-murid di samping menuntut pihak sekolah lebih peka terhadap
aspek emosi dan pertumbuhan potensi pelajar.
ABIM juga
mencadangkan agar ‘loose-streaming’
dapat dijadikan alternatif kepada amalan pengasingan sedia ada yang bersifat
rigid dan kekal.
Tiada ulasan
Catat Ulasan