Islam di Sarawak: Keilmuwan Shaykh 'Uthman Sarawak


Shaykh ‘Uthman Sarawak, seorang ulama yang ditauliahkan sebagai guru di Masjidil Haram (pusat keilmuan Islam sedunia pada zamannya) sememangnya menguasai pelbagai disiplin ilmu-ilmu Islam seperti usuluddin, fiqh, dan akhlak/tasawuf. Namun, yang jarang diketahui bahawa beliau juga menguasai disiplin sastera Arab, falsafah, matematik, logik-mantiq, dan falak-astronomi.

Dalam kitab Nafahatu'r-Ridwan fi Manaqibi Shaykh Uthman (biografi Shaykh Uthman) ada dinyatakan tentang penguasaan ilmu Shaykh 'Uthman Sarawak. Antaranya dinyatakan: “Dan untung ia daripada segala ilmu riyadiyah seperti geografi dan ilmu handasah dan ilmu falak dan sebagainya dengan bahagian yang lebih tinggi”

Ilmu riyadiyah yang dimaksudkan adalah ilmu berkaitan matematik yang merupakan ilmu induk yang luas cakupannya merangkumi ilmu-ilmu cabangnya termasuklah aritmetik, algebra, mantik, falak, geometri, trigonometri, geografi dan selainnya. Ilmu riyadiyat/matematik ini sangat diperlukan untuk tujuan pengiraan pembahagian pusaka, zakat, perniagaan, perkongsian, pajak gadai, jual-beli, sewaan, penentuan arah kiblat, penentuan pelayaran dan lain-lain.

Hakikatnya penguasaan disiplin ilmu-ilmu ini merupakan tradisi ulama besar alam Melayu-Nusantara yang melanjutkan kesinambungan peradaban Islam.

*Sumber: Trivia Memperingati Tokoh Ulama Sarawak Shaykh Uthman Sarawak; www.facebook.com/legasiuthmansarawak
TAG