Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Shaykh Haji Othman Abdul Wahab (SMKA SHOAW), sebuah
sekolah aliran agama yang terletak di Kuching (Sarawak) adalah dinamakan sempena
nama Shaykh 'Uthman Sarawak (Shaykh Haji Uthman bin Haji Abdul Wahhab
al-Sarawaqi).
Pada
tahun 1977, tapak baharu sekolah berlokasi di Batu 13 Jalan Matang dibuka dan
dirasmikan oleh YB Tn Hj Salleh Jafarudin, Timbalan Menteri Pelajaran ketika
itu. Sekolah ini asalnya dikenali sebagai SMK Matang sebelum ditukar nama dan
menawarkan tiga aliran akademik iaitu aliran Bahasa Malaysia, aliran Bahasa
Inggeris dan aliran Agama. Pada 29 Mei 1978, nama sekolah ditukar kepada SMK
Sheikh Haji Othman Abdul Wahab dan perasmian sekolah nama baharu disempurnakan
oleh YB Musa Hitam, Menteri Pelajaran ketika itu.
SMKA
SHOAW adalah sekolah aliran agama dalam sistem pendidikan formal yang pertama
di Sarawak. Kini SMKA SHOAW merupakan sebuah sekolah alira agama di bawah
kategori Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan merupakan sekolah pertama
di Sarawak yang menawarkan kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA).
Sumber: Trivia 4
Mengenang Shaykh ‘Uthman Sarawak
www.facebook.com/legasishaykhuthmansarawak
Tiada ulasan
Catat Ulasan