PERKEPIS Anjur Bitara Camp Bintulu


Bintulu, 31 Disember 2017: Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah dengan jayanya menganjurkan Bitara Camp peringkat Bintulu yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, Sarawak.

Program ini bermatlamat memberikan motivasi dalam membangun potensi kendiri untuk menjadi pelajar yang berkepemimpinan dan bitara. Seramai 20 orang pelajar sekolah menengah menyertai program ini.

Program dikendalikan oleh para pimpinan PKPIM dan PERKEPIS: Sdr. Zhariff Azhari (Setiausaha Agung PERKEPIS); Sdr. Shahril Aqmal Baharin (Naib YDP PERKEPIS); Sdr. Muhammad Zaki (Naib Presiden PKPIM); Sdr. Suriani Su’aidi (NYDP PERKEPIS) dan Sdri. Azzah Khalidi (pimpinan PERKEPIS). Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Abdul Halim bin Abdul Kadir, Pengarah Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu.
TAG