Bintulu, 30 Disember 2017: Selepas kejayaan penganjuran Perkampungan Menara Gading (PMG) Jemoreng di Matu, Bahagian Mukah pada 28 Disember 2017, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) melanjutkan kecemerlangan dengan penganjuran PMG Bintulu, bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM) cawangan Bintulu.
Program yang dianjurkan dengan usahasama Pusat Islam UPM ini telah menarik penyertaan lebih kurang 30 orang peserta lepasan sekolah yang didedahkan dengan persiapan memasuki alam kampus dan pembelajaran di universiti, di samping motivasi membangun potensi diri.
Program dikendalikan oleh para pimpinan PKPIM dan PERKEPIS: Sdr. Zhariff Azhari (Setiausaha Agung PERKEPIS); Sdr. Shahril Aqmal Baharin (Naib YDP PERKEPIS); Sdr. Muhammad Zaki (Naib Presiden PKPIM); Sdr. Suriani Su’aidi (NYDP PERKEPIS) dan Sdri. Azzah Khalidi (pimpinan PERKEPIS). Majlis Penutupan PMG Bintul telah disempurnakan Al-Fadhil Ustaz Dr. Abdul Halim, Pengarah Pusat Islam UPM Bintulu.
Tiada ulasan
Catat Ulasan