Persidangan Pimpinan Jamaah W-A-P Terlaksana


Kuching, 20 Januari 2018: Pimpinan semasa Jamaah Keluarga Besar WADAH-ABIM-PERKEPIS Negeri Sarawak telah bersidang buat kali pertama bagi sesi kepemimpinan 2017/2018, bertempat di Sekretariat ABIM Negeri Sarawak, Jalan Menggeris, Taman Sri Wangi, Kuching. Persidangan yang dihadiri oleh 20 orang anggota persidangan mewakili entiti masing-masing ini bertujuan melaporkan kegiatan lalu, menetapkan halatuju dan perencanaan mendatang serta membincangkan isu-isu semasa terkait organisasi.

Dengan diteraju oleh Tuan Haji Raslie Saharan, selaku Pengerusi Majlis Syura Negeri Sarawak, beberapa kesepakatan diambil oleh anggota mesyuarat keseluruhannya, antara lain adalah berkaitan dengan Sambutan Ulangtahun ke-40 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak dan sambutan 30-Tahun TASKI ABIM Sarawak.



Mengulas tentang perkara ini, Yang Dipertua ABIM Sarawak Sdr. Wan Azizan Wan Zainal Abidin melaporkan bahawa persiapan ke arah sambutan ulangtahun ke-40 ABIM Sarawak sedang digerakkan pada fasa awal dan acara pelancaran sambutan akan diadakan dalam konsep Makan Malam Apresiasi. Persidangan bermula pada jam 09:30 pagi dan berkahir pada jam 12:30 tengahari.
TAG