Tadabbur Surah al-‘Asr (surah-103): Surah al-‘Asr adalah dikelompokkan dalam golongan surah Makkiyah, namun ada juga sesetengah mufassirun meletakkannya sebagai surah Madaniyyah. Ia terdiri daripada 03 ayat tetapi cukup mengesankan. Nama surah ini diambil daripada perkataan al-'asr’ yang bermaksud masa atau juga waktu petang, yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Intisari Ayat:
1) Surah ini memperihalkan keadaan manusia yang sentiasa berada dalam kerugian atau kecelakaan kerana mensia-siakan masa.
2) Melainkan empat golongan yang dibebaskan daripada kerugian iaitu: i) orang yang beriman; ii) yang beramal soleh; iii) yang berpesan dengan kebenaran dan iv) yang berpesan dengan kesabaran.
3) Iman dan amal soleh adalah dua aspek penting bagi keIslaman seseorang. Ia adalah aspek yang bersifat peribadi hubungan dengan Allah. Manakala berpesan dengan kebenaran dan sanggup menghadapi ujian dengan sabar adalah dua aspek keIslaman manusia yang berkait dengan hubungan sesama manusia lain.
4) Seorang manusia bijak akan membebaskan dirinya daripada kerugian akibat pengabaian masa, agar beruntung ia di dunia dan akhirat.
*Susunan oleh Sdr Fazril Saleh
**Rujukan: ‘Tafsir al-Azhar’ karya Buya Hamka
Tiada ulasan
Catat Ulasan