Tadabbur: Usah Bermegah dengan Kelalaian, Tadabbur Surah al-Takathur


Tadabbur Surah al-Takathur (surah-102): Surah al-Takathur adalah dikelompokkan dalam golongan surah Makkiyah, namun ada juga sesetengah mufassirun meletakkannya sebagai surah Madaniyyah. Ia terdiri daripada 08 ayat. Nama surah ini diambil daripada perkataan al-'takathur’ yang bermaksud ‘bermegah-megah, yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Intisari Ayat:

1) Surah ini memperihalkan keadaan manusia yang bermegah-megah dengan sesuatu sehingga melalaikan mereka.

2) Mereka terus-menerus bermegah dengan kelalian mereka sehinggalah saat mereka menghadapi maut.

3) Pada saat menghadapi sakarat al-maut (keadaan diambang kematian), mereka baru menyedari hakikat kehidupan dengan keyakinan, dan merasa sesal.

4) Pada saat mereka beralih ke alam barzakh (alam kubur) pula, mereka sekali lagi menyedari akan hakikat dengan yakin.

5) Maka seksaan neraka bagi orang-orang yang kufur dengan nikmat yang Allah berikan sehingga mereka bermegah dengannya dan dilalaikan daripada menyedari hakikat.

6) Justeru, sentiasa peduli dan mensyukuri nikmat Allah di dunia dengan memanfaatkannya kepada kebaikan, kerana kesemua nikmat ini akan dipersoalkan di akirat kelak.


*Susunan oleh Sdr Fazril Saleh
**Rujukan: ‘Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan’ karya Shaykh Abd al-Rahman Nasir al-Sa’adi
TAG