Waspada Sikap Suka Menghina: Tadabbur Surah al-Humazah



Tadabbur Surah al-Humazah (surah-104): Surah al-Humazah adalah dikelompokkan dalam golongan surah Makkiyah, Ia terdiri daripada 09 ayat dan nama surah ini diambil daripada perkataan al-humazah yang bermaksud orang yang mencela.

Intisari Ayat:

  1. Surah ini memberi amaran keras kepada orang yang suka menghina manusia lain, sama ada secara isyarat, atau dengan perkataan. Golongan yang suka menghina ini akan mengumpat seseorang ketika ketiadaannya dan mencaci apabila orang itu di depannya.
  2. Golongan ini juga mempunyai sikap tamak kepada harta dan bersifat kedekut, tidak mahu membelanjakannya ke jalan kebaikan, menginfakkan untuk orang yang memerlukan. Malah mereka ini menyangka harta yang mereka cari dan menyibukkan diri denganya nanti akan memanjangkan umur mereka. Mereka dicelakkan oleh Allah dengan janji dicampakkan ke dalam ‘hutamah
  3. Sedangkan hanya dengan amalan kebajikan sahaja yang meluaskan manfaat umur seseorang, bukan dengan harta dan ketamakan dan sifat jahat mereka.
  4. Allah menggambarkan kengerian azab neraka yang disebut ‘hutamah’ itu sebagai api bernyalayang membakar sampai ke hati, dan menjulangnya api membakar diri yang diazab yang tiada berdaya, dibakar ketika diri diikat pada tiang-tiang.



Susunan oleh Sdr Fazril Saleh
Rujukan: ‘Tafsir al-Azhar’ karya Buya Hamka


TAG