Kota Samarahan, 14 Februari 2018: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah menggerakkan operasi bantuan kemanusiaan pasca-banjir, bertempat di Sebuyau.
Operasi yang diketuai oleh Saudara Wan Azizan Wan Zainal Abidin yang juga merupakan Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak mensasarkan beberapa buah kampung yang terjejas akibat banjir. Operasi pasca-banjirini difokuskan kepada kerja-kerja membersihkan kediaman penduduk terjejas banjir dan institusi yang memerlukan bantuan pembersihan.
Dengan kekuatan sukarelawan seramai 55 orang, operasi ini mendapat kerjasama erat daripada Pejabat Daerah Sebuyau dan Pasukan RELASebuyau.
Para sukarelawan terdiri daripada para aktivis ABIM, mahasiswa universiti, dan orang awam yang secara sukarelawan menawarkan diri menyertai operasi ini.
Barang-barang keperluan asas juga disalurkan kepada penduduk terjejasbanjir yang memerlukan.
Banjir yang melanda hampir keseluruhan negeri Sarawak pada awal Februari lalu telah menjejaskan hampir 5,000 penduduk seluruh negeri.
Sebuyau yang terletak di sepanjang pesisir menghadap Laut China Selatan turut menerima tempias daripada angin kencang dan laut bergelora yang mengakibatkan benteng yang dibina di sepanjang pantai pecah. Banjirtelahpun beransur surut bermula pertengahan bulan Februari.
Tiada ulasan
Catat Ulasan