Kuching, 24 Januari 2018: Dalam mempromosikan gaya hidup sihat kepada para belia Sarawak, ABIM Negeri Sarawak mengambil inisiatif menganjurkan program “Tangkas Tangkis Badminton”. Di samping mengajak para belia untuk bersukan, Tangkas Tangkis Badminton juga bertujuan mencungkil bakat-bakat muda baharu dalam aktiviti sukan badminton di samping mengeratkan hubungan persahabatan sesama para belia.
Program diadakan di Gelanggang Badminton Persatuan Badminton Bumiputera Sarawak, Semariang, Kuching. Tangkas Tangkis Badminton yang diperkenalkan sejak penghujung tahun 2016 kini telah memasuki siri ke-7 dan akan direncakan secara berkala pada masa akan datang.
Permainan badminton dijalankan dalam kategori perseorangan dan beregu, dengan mengaplikasikan peraturan mengikut piawaian antarabangsa. Para belia yang menyertai acara ini rata-rata melahirkan rasa gembira dan menunjukkan respon yang positif serta beriltizam untuk terus komited dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan agenda #fitMalaysia khususnya dalam kalangan belia di Negeri Sarawak.
Tiada ulasan
Catat Ulasan