ABIM Sarawak Anjur Wacana Pendidikan, Bahas Peranan Masyarakat dalam Pendidikan


Kuching, 10 Februari 2018: ABIM Negeri Sarawak dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Negeri Sarawak telah menganjurkan Wacana Minda Pendidikan, dengan mengangkat tema "Peranan Pemegang Taruh dalam Kemenjadian Murid".

Mohammad Fazril bin Mohd Saleh selaku Setiausaha ABIM Sarawak telah meneraju wacana dengan menampilkan tiga panel pembicara:


1- Prof Datuk Dr. Awang Sariyan;
2- Dr. Abang Hut Abang Engkeh (Pengarah Institut Aminuddin Baki caw. Sarawak);
3- Dr. Akbar Ibrahim (WADAH Sarawak)

Wacana yang berlangsung di DBP cawangan Sarawak ini dihadiri oleh para aktivis pendidikan, para pendidik dan anggota masyarakat yang prihatin. Ia telah berlangsung dengan jayanya dan beberapa resolusi telah disepakati bersama.

Pihak penganjur mensasarkan wacana susulan dalam tempoh masa terdekat.



Prof Datuk Dr. Awang Sariyan menyampaikan syarahan

Prof Datuk Dr. Awang Sariyan dalam sesi soal jawab

Moderator dan para pembicara


Pengarah program dan moderator, Sdr. Mohammad Fazril Saleh



TAG