Global: GPM dan MLLFS Terima RM1.5 Juta Amanah Rakyat Selangor untuk Bantuan Kemanusiaan



Dua buah agensi bantuan kemanusiaan di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) iaitu Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan Malaysia Life Line for Syria (MLLF) telah menerima Dana Bantuan Kemanusiaan Syria bernilai RM1.5 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi peruntukan belanjawan Selangor 2018.

Sumbangan disampaikan melalui Exco Kebajikan YB Dr. Daroyah Alwi kepada pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang, Kuala Lumpur. YB Dr. Daroyah ketika dalam kunjungannya ke Sekretariat ABIM Pusat telah disambut oleh Setiausaha Agung ABIM, Sdr Muhammad Faizal Abdul Aziz, Penolong Setiausaha Agung, Puan Maria Kamel, Naib Presiden ABIM merangkapKetua Pegawai Eksekutif GPM, Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, dan Setiausaha Kewangan ABIM merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MLLFS Sdr. Syahril Azfar Salleh.

Dana ini telah diumumlan oleh YB Dato Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2018 pada awal November tahun lalu. Dana ini merupakan suatu amanat dan hasrat seluruh rakyat Selangor membantu saudara yang memerlukan di negara bergolak Syria. *Redaksi







TAG