Presiden
Republik Czech, Milos Zeman telah memenangi pemilihan Presiden negara berkenaan
setelah menang tipis ke atas pesaingnya yang merupakan ahli akademik pro-Barat,
Jiri Drahos.
Dalam
pengumuman Sabtu lepas, Milos Zeman yang dikenali dengan retorik lantangnya
menyokong Rusia telah diumumkan sebagai pemenang dengan 51.8% undi, manakala
Drahos berjaya meraih 48.2% undian dalam pusingan kedua pemilihan Presiden.
Pemilihan
berkenaan adalah kali kedua dalam sejarah Republik Czech seorang Presiden telah
dilantik secara terus melalui undian oleh rakyat setelah reformasi dilakukan
dalam undang-undang pilihanraya Republik Czech. Sebelumnya, Presiden negara
berkenaan dilantik melalui undian dalam Parlimen.
Kemenangan
Milos Zeman telah memberikan pengaruh yang kuat kepada blok anti-Barat dalam
politik Republik Czech setelah kejayaan sebuah parti populis memenangi kerusi
terbanyak dalam pilihanraya Parlimen pada tahun 2017 yang diketuai oleh ahli
perniagaan kontroversi, Andrej Babis. Seperti beberapa buah negara lain di
Eropah Timur, politik Republik Czech kini didominasi oleh dua blok politik
utama iaitu pro-Rusia dan pro-Barat. *The Guardian
Tiada ulasan
Catat Ulasan