ABIM Sarawak Anjur Makan Malam Legasi HAMKA sempena Ulangtahun ke-40 ABIM Sarawak


Kuching, 30 April 2018: Sempena kunjungan waris Almarhum Prof. Dr.BuyaHAMKA ke Sarawak, ABIM Negeri Sarawak menganjurkan Makan MalamKhas Legasi HAMKA, bertempat di Dewan Sri Bunga Rampai, Kuching. Acara yang julung-julung kali diadakan ini dianjurkan sempena sambutan 40 tahun ABIM Negeri Sarawak.
Majlis Makan Malam ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada khalayak. Seramai 300 orang peserta menghadiri makan malam tersebut yang menampilkan bicara khas oleh anak kandung Prof Dr. HAMKA, al-Fadil Bapak Ustaz H. Drs. Afif Hamka, dari Jakarta, Indonesia.
Perasmian Majlis disempurnakan oleh al-Fadil Ustaz Haji Khalidi Ibrahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Dalam acara ini juga turut disampaikan anugerah Jaizah Takrim sebagai penghargaan kepada para guru dan tokoh pendidik berjasa di Institusi Pendidikan ABIM TASKI dan TAHFIZ ABIM.
Kemuncak acara ini adalah pidato oleh Bapak Ustaz H Afif Hamka bertajuk "Ta'ayyush: Kerukunan Hidup dalam Masyarakat Majmuk, Pedoman dan Praktis Buya HAMKA". Rakaman pidato ini boleh diakses melalui pautan berikut: 
Foto-foto acara Majlis Makan Malam Khas Legasi HAMKA boleh dilihat dalam album di pautan berikut:









TAG