Agihan Sumbangan Semurni Kasih Ramadan untuk Warga Desa dan Kelompok Mualaf




Kota Samarahan, 26 Mei 2018: ABIM Negeri Sarawak menyalurkan sumbangan bantuan keperluan dapur kepada lebih 30 keluarga yang memerlukan yang terdiri daripada golongan miskin bandar dan asnaf mualaf khusus dalam kalangan berbangsa dayak yang tinggal di sekitar Kota Samarahan, Sarawak.
Majlis agihan dilangsungkan di Rumah Baitul Ilmi, sebuah rumah pelindungan mualaf dan pusat pendidikan komuniti. Rumah Baitul Ilmi berlokasi di Taman Merdang Gayam, Kota Samarahan.
Selain agihan barang-barang sumbangan, para sukarelawan dan penerima bantuan juga mengimarahkan majlis dengan sesi mengaji Quran Hour dan juga tadabbur ayat suci al-Quran.


🌾🍞🍚🍶🌾
ABIM Negeri Sarawak menyeru kepada para penyumbang yang budiman agar dapat menyalurkan sumbangan berbentuk kampit beras dan barang dapur keperluan harian untuk diagihkan kepada warga Negeri Sarawak yang memerlukan.


🏫🕌🏛🏡
Sumbangan-sumbangan ini boleh disalurkan sepanjang bulan Ramadan menerusi salah satu daripada 16 premis TADIKA TASKI ABIM Kuching/Samarahan (Sarawak).

📚💵📚💵
Sumbangan berbentuk wang bagi menggantikan bahan-bahan sumbangan juga diterima. Boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - No. Akaun ABIM Negeri Sarawak 1101-3010-0755-32.


📞📱🗣📱📞
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Ibu Pejabat TASKI ABIM di talian 082-446217 atau whatsApp Fazril di talian 013-2775313.


🌾🌾🌾🌾🌾🌾







TAG