Kuching, 30 Mei 2018: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Combined, Kuching mengagihkan sumbangan bahan-bahan keperluan dapur kepada lebih 30 keluarga pelajar SK Combined yang rata-rata merupakan penduduk Kampung Kudei.
Agihan disempurnakan oleh Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak, Tuan Wan Azizan Wan Zainal Abidin.
Bahan-bahan adalah sumbangan daripada orang ramai khususnya warga Malaysia yang budiman menerusi Kempen Seorang Sekampit Beras, Semurni Kasih Ramadan.
🌾🍞🍚🍶🌾
ABIM Negeri Sarawak menyeru kepada para penyumbang yang budiman agar dapat menyalurkan sumbangan berbentuk kampit beras dan barang dapur keperluan harian untuk diagihkan kepada warga Negeri Sarawak yang memerlukan.
🏫🕌🏛🏡
Sumbangan-sumbangan ini boleh disalurkan sepanjang bulan Ramadan menerusi salah satu daripada 16 premis TADIKA TASKI ABIM Kuching/Samarahan (Sarawak).
📚💵📚💵
Sumbangan berbentuk wang bagi menggantikan bahan-bahan sumbangan juga diterima. Boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - No. Akaun ABIM Negeri Sarawak 1101-3010-0755-32.
📞📱🗣📱📞
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Ibu Pejabat TASKI ABIM di talian 082-446217 atau whatsApp Fazril di talian 013-2775313.
🌾🌾🌾🌾🌾🌾
Tiada ulasan
Catat Ulasan