Kuching, 29 Mei 2018: Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah menganjurkan Program Ihya Ramadan (IHRAM), bertempat di Masjid Nurir Rahmani, Kampong Santubong, Kuching.
Antara kegiatan yang dijalankan adalah memasak bubur lambuk dan mengedarkannya kepada para penduduk di lokaliti berdekatan. Lebih 300 pek bubur lambuk diedarkan kepada penduduk kampung dan masyarakat berhampiran.
Bahan-bahan adalah sumbangan daripada orang ramai khususnya warga Malaysia yang budiman menerusi Kempen Seorang Sekampit Beras, Semurni Kasih Ramadan.
🌾🍞🍚🍶🌾
ABIM Negeri Sarawak menyeru kepada para penyumbang yang budiman agar dapat menyalurkan sumbangan berbentuk kampit beras dan barang dapur keperluan harian untuk diagihkan kepada warga Negeri Sarawak yang memerlukan.
🏫🕌🏛🏡
Sumbangan-sumbangan ini boleh disalurkan sepanjang bulan Ramadan menerusi salah satu daripada 16 premis TADIKA TASKI ABIM Kuching/Samarahan (Sarawak).
📚💵📚💵
Sumbangan berbentuk wang bagi menggantikan bahan-bahan sumbangan juga diterima. Boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - No. Akaun ABIM Negeri Sarawak 1101-3010-0755-32.
📞📱🗣📱📞
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Ibu Pejabat TASKI ABIM di talian 082-446217 atau whatsApp Fazril di talian 013-2775313.
🌾🌾🌾🌾🌾🌾
Tiada ulasan
Catat Ulasan