Semurni Kasih Ramadan: Agihan Sumbangan untuk Penduduk Miskin Bandar


Kuching, 02 Jun 2018: ABIM Negeri Sarawak dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah mengagihkan sumbangan barangan dapur kepada hampir 30 keluarga penduduk miskin bandar di sekitar Bandar Raya Kuching. Bahan-bahan adalah sumbangan daripada orang ramai khususnya warga Malaysia yang budiman menerusi Kempen Seorang Sekampit Beras, Semurni Kasih Ramadan.
Agihan dilakukan selepas sesi usrah, mengaji dan tadabbur al-Quran #QuranHour di Sekretariat Abim Sarawak, Tmn Sri Wangi, Kuching.

🌾🍞🍚🍢🌾
ABIM Negeri Sarawak menyeru kepada para penyumbang yang budiman agar dapat menyalurkan sumbangan berbentuk kampit beras dan barang dapur keperluan harian untuk diagihkan kepada warga Negeri Sarawak yang memerlukan.

πŸ«πŸ•ŒπŸ›πŸ‘
Sumbangan-sumbangan ini boleh disalurkan sepanjang bulan Ramadan menerusi salah satu daripada 16 premis TADIKA TASKI ABIM Kuching/Samarahan (Sarawak).

πŸ“šπŸ’΅πŸ“šπŸ’΅
Sumbangan berbentuk wang bagi menggantikan bahan-bahan sumbangan juga diterima. Boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - No. Akaun ABIM Negeri Sarawak 1101-3010-0755-32.

πŸ“žπŸ“±πŸ—£πŸ“±πŸ“ž
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Ibu Pejabat TASKI ABIM di talian 082-446217 atau whatsApp Fazril di talian 013-2775313.

🌾🌾🌾🌾🌾🌾







TAG