Semurni Kasih Ramadan: Agihan Sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras di Matang


Kuching, 06 Jun 2018: ABIM Negeri Sarawak dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah mengadakan majlis pengagihan sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras di Kampung Matang Lot, Matang, Kuching. 

Sebanyak 20 keluarga yang tergolong dalam kategori memerlukan menerima agihan barang-barang keperluan dapur. Bahan-bahan adalah sumbangan daripada orang ramai khususnya warga Malaysia yang budiman menerusi Kempen Seorang Sekampit Beras, Semurni Kasih Ramadan.


🌾🍞🍚🍶🌾
ABIM Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang budiman yang telah menyalurkan sumbangan berbentuk kampit beras dan barang dapur keperluan harian untuk diagihkan kepada warga Negeri Sarawak yang memerlukan. 

🏫🕌🏛🏡
Sumbangan-sumbangan tersebut telah diagihkan kepada 415 buah keluarga di 17 lokasi dalam enam bahagian seluruh Sarawak merangkumi bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Bintulu, Mukah, dan Limbang. 

📚💵📚💵
Jumlah sumbangan keseluruhan ditaksirkan bernilai RM33, 200.00 sumbangan orang ramai telahpun diagihkan kesemuanya.

Bagi para dermawan yang ingin menyumbang kepada kegiatan ABIM yang seterusnya, bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - No. Akaun ABIM Negeri Sarawak 1101-3010-0755-32.

📞📱🗣📱📞
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi atau whatsApp Setiausaha ABIM Sarawak, Sdr Fazril Saleh di talian 013-2775313.

🌾🌾🌾🌾🌾🌾

TAG