Semurni Kasih Ramadan: Agihan Sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras di Sebuyau



Sebuyau, 11 Jun 2018: ABIM Negeri Sarawak dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) mengagihkan barang keperluan dapur kepada 30 buah keluarga memerlukan di Sebuyau, Kota Samarahan.
Bahan-bahan agihan berupa barangan keperluan dapur harian diterima daripada sumbangan orang ramai menerusi kempen Seorang Sekampit Beras.
๐ŸŒพ๐Ÿž๐Ÿš๐Ÿถ๐ŸŒพ
ABIM Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang budiman yang telah menyalurkan sumbangan berbentuk kampit beras dan barang dapur keperluan harian untuk diagihkan kepada warga Negeri Sarawak yang memerlukan.
๐Ÿซ๐Ÿ•Œ๐Ÿ›๐Ÿก
Sumbangan-sumbangan tersebut telah diagihkan kepada 415 buah keluarga di 17 lokasi dalam enam bahagian seluruh Sarawak merangkumi bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Bintulu, Mukah, dan Limbang.
๐Ÿ“š๐Ÿ’ต๐Ÿ“š๐Ÿ’ต
Jumlah sumbangan keseluruhan ditaksirkan bernilai RM33, 200.00 sumbangan orang ramai telahpun diagihkan kesemuanya.
Bagi para dermawan yang ingin menyumbang kepada kegiatan ABIM yang seterusnya, bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - No. Akaun ABIM Negeri Sarawak 1101-3010-0755-32.
๐Ÿ“ž๐Ÿ“ฑ๐Ÿ—ฃ๐Ÿ“ฑ๐Ÿ“ž
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi atau whatsApp Setiausaha ABIM Sarawak, Sdr Fazril Saleh di talian 013-2775313.
๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ
www.facebook.com/abimnegerisarawak
TAG